
RAWATAN PERUBATAN KOMPLIMENTARI ISLAM MELALUI RAWATAN KOMPLIMENTARI INSANIAH (RK-i)
Rawatan Komplimentari Insaniah atau RK-i adalah suatu konsep perawatan perubatan, penjagaan kesihatan dan pembangunan diri komplimentari yang pertama seumpamanya menggabungkan faktor-faktor keyakinan, akhlak, ilmu dan amalan/praktikal serta kaitannya dengan masa/tenaga sebagai suatu keseimbangan kehidupan melalui penyediaan perkhidmatan, produk dan bahan ilmiah melalui Seni Sains Insaniah yang berasaskan kepada praktisi Islamik.
RK-i merupakan hasil gabungan secara menyeluruh rawatan-rawatan komplimentari dan alternatif yang telah sedia ada pada masa ini. Namun begitu, asas ukuran penggabungan kembali medan keilmuan dalam RK-I ialah Syariatullah dan Sunnatullah yang sebenarnya terangkum dalam sunnah Nabi Muhammad s.a.w. RK-i menolak sebarang amalan dan juga keilmuan yang sama sekali tidak terdapat dalam sumber yang jelas dan sah iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Dikembangkan oleh Dr. Norhissam Mustafa, RK-i berusaha merapatkan diri manusia dengan Pencipta, Allah s.w.t dan keseluruhan kehidupan dalam jagat raya ini supaya keharmonian dan keseimbangan sejagat diperolehi. Manusia yang sihat dapat menjalani kehidupan ini dengan menilai dan menggunakan setiap inci kejadian alam semulajadi yang di cipta dengan kesempurnaan penciptaan oleh Allah, s.w.t. Namun begitu manusia yang sebaik-baik ciptaan ini, akan diuji sebagai satu proses distilasi berperingkat untuk menilai ketulenan keimanan yang telah diakui suatu ketika dahulu. Kehidupan ini adalah ujian, setiap masa dan ketika kita akan berhadapan dengannya, namum begitu ada yang berjaya dan ada yang gagal menguruskan ujian itu, yang berjaya dapat mengecapi nikmat dan yang gagal merasakan kekecewaan. Pusingan ini akan silih berganti dalam perjalanan kehidupan selagi kita masih berada di dunia nyata ini.
Ramai orang berkata disebalik ujian itu ada hikmahnya, tetapi disaat-saat kekecewaan melanda diri, biasanya kita akan hilang arah, hilang pedoman, kata-kata nasihat dan dorongan tidak lagi bermakna bagi kita. Malah kadang-kadang kita merasakan diri ini amat malang sekali….Ya itulah kita yang bernama manusia. Sebenarnya hikmah disebalik kegagalan/kekecewaan bukanlah boleh dilihat dengan mata kasar kita, namum yang hanya dapat melihatnya ialah JIWA……Ya, sememang orang yang jiwanya hidup dan murni akan melihat pasangan kejayaan disebalik kegagalan. Jika kita memahaminya disaat-saat kegagalam menimpa kita, sebenarnya kejayaan adalah terlalu hampir pada masa itu, hanya disebelahnya sahaja, tapi malang sekali JIWA kita buta malah mati, tidak mampu kita melihatnya, lebih lagi menerobos sempadan kejayaaan sehinggakan ianya milik kita.
RK-i berusaha mempratikkan indeks kehidupan melalui Seni Sains Insaniah dengan berusaha membawa manusia secara keseluruhannya untuk menghadapi sebarang ujian (sakit, kekecewaan, kekayaan, kesedihan, kegembiraan dan sebagainya) melalui usaha muhasabah diri dalam rahsia mengenali diri.
Sesungguhnya RK-i memegang teguh prinsip bahawa segala apa yang berlaku kepada kita adalah apa yang kita minta dalam ketetapan Pencipta, Allah swt, jadi sememang Allah swt penyelesai yang paling Mutlak. Oleh yang demikian RK-i melalui praktisi terapinya telah berusaha menyusun secara holistik susunan jalan penyelesaian kepada 4 tahap/proses utama iaitu YAKIN, SABAR, IKHLAS dan REDHA berdasarkan kepada Konsep Islamik Bio-Energiologi.
Mengaplikasikan Kaedah Dianogsis Berseni Refleks Gema Jantung melalui Kesan Otot Tangan Kanan terhadap Kit Ujian Keseimbangan RK-i, RK-i sehingga masa ini telah berjaya mengaplikasikannya dalam usaha membantu mengesan ketidakseimbangan sistem kehidupan dan membantu usaha penyembuhan pada 4 tahap utama :-
IMUN
-
Gangguan Kepada Keyakinan Diri dan Keseluruhan Kehidupan, Hilang Semangat, Lesu dan Tidak Mampu Berinspirasi.
ANTIBODI
-
Terubahnya Sikap dan Akhlak, Lahirlah Karektor-Karektor Negetif dan tidak mampu mengawalnya
HORMON
-
Timbulnya Simpton/Gejala Kesakitan samada Akut dan Kekal/Kronik pada sistem kehidupan
ENZIM
-
Penyakit yang telah kekal dan boleh dinamakan seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Kanser, Batu Karang dan sebagainya.
Melalui penyususan dan aplikasi alamiah RK-i pada masa ini telah berjaya membentuk kesinambungan rawatan perubatan yang membantu ke arah pemulihan dan penyembuhan melalui terapi yang tersendiri seperti Terapi Air, Terapi Pemakanan, Terapi Psikopanoramatik, Terapi Aroma dan Terapi Jiwa.
Selain daripada Pusat Perubatan Komplimentari Islam, Taman Teratai(milik Dr. Norhissam Mustafa), sehingga kini KUSKOM telah berjaya membimbing 3 Perunding Profesional RK-i untuk membuka Pusat Rawatan dibawah Program Usahawan Bimbingan KUSKOM iaitu di Kluang-Johor, Kota Tinggi-Johor dan Kulai-Johor. KUSKOM mensasarkan sekurang-kurangnya 10 Pusat Rawatan lagi dibuka melalui program ini pada akhir tahun 2010.