PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MELALUI MAKMAL ISLAMIK BIO-ENERGIOLOGI (MIBE)


Penyelidikan dan Pembangunan adalah merupakan teras kepada pengembangan teori dan aplikasi. RK-i meletakkan kepentingannya sebagai tonggak kelangsungan pengembangan serta kefahaman masyarakat awam dalam usaha menginstituisikan konsep dan aplikasi Seni Sains Insaniah yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Melalui penubuhan Makmal Islamik Bio-Energiologi (MIBE), RK-i telah mengorak langkah yang drastik dan agresif dalam kajian Rawatan Perubatan Komplimentari Islam.

Kumpulan Penyelidik yang di ketuai oleh Dr. Norhissam Mustafa telah berjaya menyingkap beberapa rahsia kehebatan Pencipta, Allah SWT, antara beberapa penemuan yang telah berjaya diaplikasikan ialah :-

      • Tenaga Masa dalam Rahsia Mampatan Saiz Molekul
      • Aplilkasi Bio-Foton dalam gabungan Fitokimia
      • Pemasangan Molekul dan Kestabilan Bahan tanpa pengawetan
      • Penguraian Bahan Radikal pada Makanan melalui Tenaga Bio-Foton yang terakam pada Unsur Karbon


Penemuan diatas telah berjaya diaplikasikan dalam semua formulasi RK-i dalam 4 segmen utama iaitu Terapi Aroma, Terapi Tenaga, Terapi Pemakanan dan Terapi Hidro. Dalam usaha berterusan dalam Penyelidikan dan Pembangunan sedang menjalin usahasama dengan beberapa badan dan agensi lain seperti Loji Pandu Kejuruteraan Kimia-UTM (CEPP-UTM), Profzas Solution dan Chemical Laboratory (Malaysia) Sdn Bhd.

Kesemua formulasi dan produk yang digunapakai dalam Rawatan Komplimentari Insaniah adalah merupakan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang tersendiri. Kini, Kami di RK-i berusaha menyediakan yang terbaik untuk manafaat keseluruhan ummat manusia, mudah-mudahan usaha kami yang sedikit ini berjaya merubah dan meningkatkan kembali kegemilangan Perubatan Komplimentari Islam pada suatu ketika dahulu.Pada Disember 2009, pihak KUSKOM telah mendapat persetujuan jalinan usahasama dengan Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP), Universi Teknologi Malaysia. Skop usahama ini adalah merangkumi aspek latihan dan bimbingan teknikal, analisa saintifik bagi sampel/prototaip produk, penambaikan proses dan juga penyewaan loji dan alatan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan produk.