
Aroma "Booster" E-Minda
Dr. Norhissam Mustafa melalui kajiannya mendapati, otak manusia akan bekerja dengan optimum dan neurotransmitter dalam otak akan menerima mesej secara baik sekiranya bahagian hipotalamus berfungsi dengan sempurna. Ini kerana hipotalamus merupakan pusat berfungsinya empat hormon yang berpengaruh terhadap minda - serotonin, dopamine, norepinephrine dan acetycholine. Beliau berpendapat fungsi hipotalamus adalah sebab utama kepada masalah mental atau ketidakseimbangan kimia pada kanak-kanak juga golongan dewasa.
Fungsi dan peranan umum hipotalamus yang sangat penting terhadap tubuh badan manusia adalah seperti berikut:
- Pengawalan Kelenjar Pituitari
- Idaman / Kehendak / Motivasi
- Tindak balas terhadap Selera Makan
- Kawalan Tekanan Darah
- Kehausan / Kelaparan Melampau
- Pengawalan Kadar Air dan Garam Dalam Tubuh / Hidrasi / Kawalan Suhu Tubuh
- Kawalan Metabolisma
- Fungsi Pundi Kencing / Ovari / Teatis
- Tahap Tenaga
- Kawalan Tidur
- Kawalan Rentak Jantung
Fungsi utama hipotalamus adalah homestasis / keseimbangan / memelihara keadaan semasa tubuh badan. Faktor-faktor seperti tekanan darah, suhu badan, keseimbangan elektrolit dan bendalir badan serta berat badan diperoleh sehingga ke tahapn yang tepat (set-point). Set-Point boleh berubah terhadap masa dan ianya berbeza dari hari ke hari mengikut situasi.
Hipotalamus adalah pusat kawalan pengatur kesemua aktiviti autonomik sistem tubuh. Hipotalamus diklasfikasikan sebagai otak kepada otak. Ia juga pusat kepada sistem keseimbangan endokrin dan sistem autonomik seperti jantung / urat-urat darah -kardiovaskular, suhu dan pengaturan dalaman abdomen malah hipotalamus juga sebagai pengelola kepada semua tahap hormon endokrin, pemprosessan sensor dan menyelia metabolisma badan contohnya dalam peranan menelan makanan. Kesemua faktor yang dinyatakan membuktikan bahawa setiap tugasan hipotalamus berkait rapat dengan sistem kawalan otak serta hubungan antara tubuh badan dengan minda.
Inisiatif penggunaan Aroma Booster e-Minda sangat amat membantu ke arah keseimbangan tenaga hipotalamus dalam menguatkan daya tumpuan terutamanya golongan pelajar dan mereka yang memerlukan daya fikir yang tinggi.