
Susu Harmoni E-Minda
Khasiat Susu Harmoni e-Minda:
Kajian saintifik mendapati susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarhiritis serta antibarah. Ia juga mengandungi andtibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Menurut Dr Javier Diaz Castro dari Jabatan Fisiologi Universiti Granada, susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan berbanding dengan susu lembu. Kebaikan susu kambing diantaranya adalah menolong mencegah anaemia (kekurang zat besi), tulang rapuh dan mencergaskan minda kanak-kanak.
Uniknya susu kambing adalah komposisinya yang mengandungi:
- 13% lebih kalsium
- 25% lebih vitamin B-6
- 27% lebih antioksida selenium
- 47% lebih vitamin A
- 1.34% lebih potasium
- 3.5% lebih niasin dan
- bersifat ALKALI
Kandungan protein dalam susu kambing hampir menyamai dengan susu ibu di mana ia mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino essential. Gabungan kalsium dan Fosforus yang membentuk calciumphosphate yang terdapat dalam komponen susu kambing penting untuk membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.
Susu kambing juga mengandungi selenium yang dikatakan paling tinggi berbanding susu lembu serta lain-lain produk tenusu lain. Selenium merupakan elemen efektif dalam melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukan tambahan selenium dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa probiotik atau bakteria baik seperti Lactobacillus bermanfaat dalam merangsang kesihatan saluran usus. Bukti terkini menunjukan Lactobacillus sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun. Probiotik juga menghasilkan bahan antimikrob, iaitu nutrien yang dapat menentang jangkitan akibat patogen dalam salur pencernaan.
Cara Pengambilan
Satu paket Susu Harmoni e-Minda dilarutkan dengan 100-150ml air suam hingga sebati. Amat disarankan diambil pada waktu pagi semasa perut kosong. 15 minit kemudian barulah boleh mengambil sebarang makanan.