
Kursus Khas Kemahiran Rawatan Komplimentari Insaniah 2009
16hb Ogos 2009 - Serami 89 orang telah mengikuti Sesi 1 program khas Kemahiran Rawatan Komplimentari Insaniah 2009 yang bertempat di Bilik Seminar P16, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor yang berlangsung selama 2 hari 1 malam pada 8-9hb Ogos 2009 manakala 31 orang lagi telah mengikuti sesi ke-2 pada 15-16hb Ogos 2009 yang bertempat di Bilik Seminar Institut Perubatan Komplimentari Islam (IP-KI).
Program ini adalah merupakan anjuran bersama Institut Perubatan Komplimentari Islam (IP-KI) dan Koperasi Usahawan Komplimentari Muslim Johor Berhad. Pada sessi ini para peserta didedahkan dengan asas rawatan komplimentari insaniah secara teori dan praktikal.