MAKANAN BERAKSI-SATU KEPERLUAN UMMAH.
Makanan Beraksi adalah merupakan satu perkara yang amat penting dan telah dilupakan oleh semua ummat Islam pada masa ini. Penekanan semata-mata kepada konsep makanan tambahan(food supplement) vitamin dan multi vitamin sepenuhnya mempengaruhi kehidupan seharian kita. Apa yang kita faham ialah makin banyak kandungan zat, vitamin, nutrisi, mineral dan unsur surihan pada satu-satu makanan itu maka ianya makin bermanafaat. Persoalannya adakah ianya benar…Satu lontaran pertanyaan yang perlu kita jawab ialah adakah bahan-bahan yang nyata ini sahaja yang kita perlukan untuk hidup. Oleh yang demikian saya mengajak semua ummat Islam pada masa ini berfikir dan cuba mengambil kira aspek yang dikatakan GHAIB iaitu roh dan jiwa bahan tersebut yang juga dikenali sebagai sifat Spiritual dan Emosional. Fahamilah kaum muslimin dan muslimat bahawa bahan-bahan semulajadi yang diproses secara teknologi yang melampau/tak terkawal pastinya mempunyai sukatan kandungan zat, vitamin, nutrisi, mineral dan unsur surihan yang banyak, namun kebanyakkanya tidak mempunyai roh dan jiwa bahan tersebut lagi, jadi pemakanan bahan-bahan ini hanyalah semata-mata untuk membentuk mental dan fizikal sahaja(jasad/jisim). Hasilnya telah nyata, berapa ramaikah antara kita yang memberikan makanan tambahan tertentu kepada anak-anaknya semasa kecil dan kesannya ialah menjadikan anak kita hiperaktif (Peringatan : Istilah lain bagi hiperaktif ialah hilang khusyuk, hilang fokus-inilah yang menjadikan anak-anak kita yang berumur 10 tahun ke atas amat susah/malas untuk solat, malah kadang-kadang ianya berlaku juga pada orang dewasa).
Begitu juga dengan kualiti kesihatan, semakin hari semakin tinggi nisbah pengidap penyakit berbahaya seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya, sedangkan mereka ini adalah sebahagian daripada makanan tambahan dalam bentuk makanan kesihatan. Saya tidak menafikan kandungan zat, vitamin, nutrisi, mineral dan unsur surihan yang tinggi pada produk-produk kesihatan semasa, namum apa yang saya persoalkan ialah adakah ianya mempunyai sifat/tenaga(roh&jiwa) yang asal setelah melalui proses pembuatan yang begitu unik dan kompleks. Ingat! Pembentukkan radikal bebas(sel yang menyebabkan kanser) dalam sistem tubuh sebahagiannya adalah berpunca daripada pemakanan berlebihan makan yang pasif (tiada sifat/tenaga). Melalui kajian secara Islamik Bio-Energiologi mendapati keperluan sifat/tenaga pada sesuatu bahan makanan adalah 68% berbanding keperluan jisim/jasadnya iaitu hanya 32% sahaja. Antara contoh makanan yang pasif(mati) ialah :-
• Makanan yang diperkayakan dengan Vitamin/Enzim Tiruan(Artificial Vitamin/Enzyme)
• Makanan yang berlebihan penambah rasa seperti MSG, pemanis tiruan dan sebagainya
• Makanan Berpengawet yang berlebihan seperti natrium benzoate dan sebagainya
• Makanan yang diproses secara pemanasan suhu tinggi dan lama.
• Makanan yang digabungkan secara tidak setara dan tidak berpasang-pasang dalam komposisi yang betul seperti mengabungkan kurma dengan kismis.
• Makanan Ubahsuai Genetik.