KEIMUNAN YANG ROSAK...

Keimunan menurut perspektif Rawatan Komplimentari Insaniah (RK-i) ialah kekuatan untuk mempertahankan kehidupan kita daripada sebarang ancaman luaran seperti serangan virus, bekteria, kuman, fungus, habuk, hama dan sebagainya. Ketidakmampuan hidup kita daripada menolak fitnah, tohmahan, dakyah palsu, cercaan dan sebagainya juga adalah merupakan ganguan sistem keimunan hidup kita. Manakala jika kita telah terjebak dan telah dihantui dengan masalah di atas, kekuatan untuk keluar daripada belenggu itu ialah kekuatan Antibodi.

Namun begitu telah jelas dan nyata kedua-dua sistem ini telah rosak dalam sistem kehidupan kita seharian. Contoh yang paling ketara ialah berkenaan dengan pemakanan. Kita dengan jelas telah diberitakan tentang keburukkan makanan-makanan yang bersifat pasif dan tiada fungsi pemakanan lansung seperti makanan segera, makanan yang diproses menggunakan bahan yang tidak suci, membeli ayam di kedai bukan muslim, susu bayi yang ditambah bahan aktif dan sebagainya. Kini marilah bersama kita berfikir sejenak untuk kembali kepada fitrah asal kehidupan kita melalui amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Kenapa kita cepat percaya pada iklan-iklan dimedia massa tentang makanan-makanan tertentu berbanding dengan makanan-makanan yang diberitahu oleh Jujungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Oleh yang demikian kami di RK-i merayu kepada kaum muslimin dan muslimat untuk bersama-sama mengembalikan kekuatan dengan kembali kepada cara hidup yang paling terkehadapan, yang bukan sahaja mempunyai visi 2020, malah visi yang kekal abadi, daripada kehidupan dunia semasa hinggalah kepada kehidupan yang tanpa sempadan.