AROMATERAPI INFRASONIK




    Membantu menghilangkan kesan sekitaran yang mengakibatkan tekanan emosi semasa
    Membantu melancarkan aliran darah dan kesan asidfikasi dalaman
    Membantu keseimbangan enzim dan hormon melalui pengaktifan sistem kelenjar dan keselarian isyarat neuro / saraf
    Membentuk benteng pertahanan keimunan tenaga daripada serangan gangguan anasir luaran dan dalaman secara harmoni
    Membantu ke arah kecekapan dan sensitiviti kederiaan untuk penyelarasan keseimbangan sistem tubuh semasa


Sesuatu amali praktikal dalam rahsia wangi-wangian dalam usaha mencari ketetapan PENCIPTA, Aromaterapi D-7 bukanlah ubat, namun ianya adalah satu menifestasi dalam mencari keserentakan masa (Qauli) dan ruang (Fi'li) untuk mengembalikan keseimbangan JISIM"


Anda dan Wangi-wangian


Umumnya pemakaian wangi-wangian yang hanya untuk baunya sahaja, malah sehingga menarik minat orang sekelilingnya adalah amat dilarang dalam Islam. Wangian yang baik ialah yang baunya amat memberi kesan kepada pemakainya manakala amat sedikit kesan baunya pada sekitaran sehinggakan tidak dirasai oleh orang lain.

Juga perlu diingat pemakaian wangi-wangian dengan tujuan berbangga-bangga bakal meruntuh sifat akhlak(emosi) seseorang itu, apatah lagi bahan yang digunakan itu adalah tidak serasi dengan sifat insaniah, contohnya banyak sekali wangi-wangian yang berada dipasaran yang amat mementing baunya dan jenamanya semata-mata sehinggakan menjadi perlumbaan minyak wangi siapakah yang lebih mahal dan tahan lama baunya.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi juga mempunyai kesan yang besar kepada pemakainya. Contohnya penggunaan alkohol sebagai pengawet kepada minyak wangi akan menyebabkan kesan jangka panjang yang buruk pada sistem kulit dan mendapan nutrisi berat pada hati serta penyusutan oksigen dalam sel. Faktor ini akan menyebabkan pemakainya merasai reaksi kesegaran dan kecergasan yang bersifat sementara melalui tekanan mendadak kepada proses metabolisma lipid di bawah lapisan kulit dan agihan oksigen terlarut melalui reaksi potensi darah, akhirnya penggunaan yang berterusan akan menyebabkan tekanan perasan/emosi yang mendadak sehinggakan melahirkan karektor menengking dan meninggikan suara apabila sesuatu perkara tidak mengikut nafsu dan selera keperluan diri pemakainya. Ini akan berlaku dalam tempoh yang agak perlahan sehinggakan tidak perasaan oleh semua orang, namun perhatikanlah pada mereka yang amat mengemari pewangi yang kuat baunya dan mahal harganya.
Sesetangah pendapat pada muktahir ini meletakkan bahawa penggunaan minyak wangi beralkohol dibolehkan kerana jumlah alkoholnya yang sedikit berbanding dengan jumlah minyak wangi dan penggunaannya hanya sebagai pengawet sahaja. Pendapat ini hanya melihat kepada ulasan/penjelasan alkohol hanya digunakan sebagai agen pengawet sahaja tanpa melihat kesan sampingan sebenar alkohol yang sebenarnya amat mengganggu sistem keimuman, antibodi dan mental seseorang sebagaimana diterangkan diatas. Tidakkah kita perasaan beberapa peristiwa keruntuhan akhlak adanya kaitan dengan elemen ini, penggunaan alkohol walaupun sedikit bakal mengakibatkan kecelaruan sifat hormon yang amat berkait rapat dengan nafsu makan dan aktiviti seksualiti.

Keadaan ini akan lebih ketara apabila wangian yang digunakan bukannya wangian asli, sebagaimana banyak terdapat dipasaran hari ini yang terdiri daripada wangian tiruan/sentetik samada dijual atas nama pewangi atau dimasukkan ke dalam sabun, bedak dan barangan dandanan diri/kosmetik.

Begitu juga pewangi bilik dan kereta yang sering kita gunakan seharian, tujuan penggunaan itu ialah untuk menghilangkan bau busuk, namum sebaliknya yang berlaku, setelah dispray/dipasang pewangi itu bau busuk tetap berlegaran dalam bilik itu cuma yang berbeza ialah bau wangi daripada pewangi tiruan lebih dominan pada ketika itu, keadaan ini menyebabkan deria bau kita hanya menafsirkan bau wangi semata tanpa menyedari bau busuk dan pertikel busuk telah masuk bersama-sama udara yang disedut ke paru-paru, akibatnya sistem tubuh akan menggerakkan keseluruhan sistem pertahananya untuk melawan dan menutralkan bau dan pertikel busuk daripada mengganggu keseimbangan semasa, jadi ketika ini para penghidunya merasai sedikit kesegaran dan keselesan aromatik dengan mengorbankan sistem imun dan antibodi kepada kerja-kerja yang tak sepatutnya, bayangkan berjam-jam lamanya diri kita didedahkan dengan keadaan ini setiap hari, jadi adillah bagi Allah SWT mengurniakan sebarang penyakit kronik pada kita kerana kita yang memintanya setiap hari dengan amalan yang salah malah memudharatkan ini.

Keperluan dan kepentingan inilah maka RK-i telah mengambil tanggungjwab dan inisiatif untuk melihat secara holistik keperluan wangi-wangian kepada kehidupan seharian, jadi sememang keperluan wangi-wangian adalah berkaitan dengan nilai terapinya yang berterusan, bukan kerana baunya semata-mata, maknanya penggunaan wangi-wangian adalah dengan tujuan terapinya adalah amat digalakkan namum perlu mengambil kira syariatnya, cara penggunaannya, bahan/unsur dan aplikasinnya secara menyeluruh.

Kajian ini telah merevolusikan penghasilan Aromaterapi D-7 Infrasonik dan produk yang berkaitan bagi tujuan rawatan perubatan dan keseimbangan sistem kehidupan.



Cara Penggunaan


Bilasan Mandian
  1. Isi air dalam ukuran 3/4 baldi dan masukkan ais (Anggaran 1-2 kilo. Bergantung kepada ketahanan dan keupayaan penguna menahan rasa sejuk)
  2. Ketepikan baldi yang sudah bercampur ais dan mandi seperti biasa hingga keseluruhan tubuh berasa sejuk (dari hujung rambut hingga kehujung kaki). Amat disarankan berwuduk selepas mandi
  3. Kemudian titiskan 1-3 titik Aromaterapi D-7 ke dalam campuran air dan ais tadi dengan disertai niat, contohnya: Ya, Allah, jadikanlah asbab usahaku yang sedikit ini sebagai penyembuhan/keseimbangan padaku."
  4. Buat siraman/bilasan di dahului dari ubun-ubun kemudian ratakan keseluruhan tubuh.

*** Anda perlu menetapkan masa untuk melakukan bilasan mandian dan sebik-baiknya perlukan konsisten agar kesanya lebih baik. Anda boleh membuat bilasan 2 kali sehari (pada sebelah pagi dan petang) atau bagi yang kesuntukan masa bolehlah melakukan sekali sehari dengan waktu/masa yang sama setiap hari.


Sapuan Pada Anggota Wuduk

Pastikan muka basah terlebih dahulu (sebaik-baiknya berwuduk). Titiskan setitik Aromaterapi D7 pada tapak tangan dan gosok kedua telapak tangan dengan disertai niat/hasrat/doa kemudian letakan kedua belah tangan pada ubun-ubun dan usap ke bawah bahagian muka, ke belakang telinga, pangkal tengkuk, leher hadapan dan akhir sekali usapkan pada ubun-ubun kepala semula. Digalakkan sapuan dibuat setiap kali selepas berwuduk juga malam sebelum tidur



Spray / Semburan

  • Sediakan air bercampur ais, kemudian titiskan setitik minyak Aromaterapi D-7 ke dalam campuran air dan ais tadi
  • Tuangkan campuran air, ais dan Aromaterapi D-7 ke dalam botol semburan / spray.
  • Pastikan semburan dibuat pada bahagian ubun-ubun, belakang telinga juga keseluruhan wajah. Bagi tujuan meredakan suhu panas badan (anak-anak kecil) hendaklah disembur pada bawah lengan (ketiak) dan celah peha secara kerap