PEMAKANAN KITA, SATU PENILAIAN SEMULA
Globalisasi kapitalis telah menyumbang kepada komersialisasi dan kehilangan nilai-nilai kerohanian yang merangkumi segala aspek kehidupan, termasuklah amalan keagamaan. Bagi orang Islam kehadiran bulan Ramadhan amat penting kerana ayat suci Al-Quran pertama kali diturunkan kepada Rasulullah saw dalam bulan yang mulia ini. Umat Islam berpuasa pada siang hari sambil mengisi bulan ini dengan pelbagai amalan yang mulia seperti memperbanyakkan solat, bacaan Al-Quran dan juga zikir serta bersedekah.
Sudah menjadi kelaziman umat Islam berbuka puasa sama ada di masjid atau di rumah bersama anggota keluarga dalam persekitaran yang penuh dengan nilai kerohanian. Tetapi kini, semakin ramai golongan elit dan pertengahan yang tinggal di bandar-bandar besar berbuka puasa di hotel yang menawarkan juadah yang lazat serta amat membuka selera. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka menjamu pegawai-pegawai kerajaan, pelanggan, rakan niaga dan tidak kurang juga kaum keluarga.
Kini, Ramadhan telah menjadi sama seperti menyambut Krismas, telah dimanafaatkan sepenuhnya oleh industri pengiklanan untuk menggalakkan pengambilan makanan dan perkhidmatan yang berlebihan malah melampui batas. Ramadhan yang suatu ketika dulu menjadi satu bulan yang penuh dengan amalan kerohanian telah menjadi bulan pesta makanan, apa sahaja makanan yang sukar di dapati pada bulan lain, pastinya ada pada bulan Ramadhan.
Kini, lihatlah bagaimana pengaruh usaha yang berterusan Yahudi dan Nasrani telah tidak mampu lagi dibendung oleh umat Islam sehinggakan pada bulan yang begitu mulia ini pun kita masih lagi tewas, apatah lagi pada bulan-bulan yang lain. Ya Allah hanya padaMu keluhanku iniā¦
Sejarah telah membuktikan bahawa salah satu usaha yang sedang dan berterusan oleh Yahudi dan Nasrani ialah berusaha untuk memastikan umat Islam seluruhnya hidup dalam keadaan kekeliruan, dimana amat membesarkan perkara yang kecil dan rameh dan memperkecilkan perkara-perkara yang besar.
Salah satu senjata yang sedang digiatkan oleh dua golongan musuh Islam itu ialah melalui pemakanan. Suatu ketika dulu kita memakan makanan yang diusahakan oleh petani-petani kecil-kecil yang mengunakan cara dan kaedah pertanian yang mampan dan bersifat alamiah, namum kini sebaliknya, hasil daripada didikan dunia barat yang kononnnya moden dan saintifik, pada hari ini makanan yang kita makan hasil pertanian semasa sudah lagi tidak selamat. Sayur-sayuran hijau yang suatu ketika dulu membekal zat dan mineral yang bersifat anti-oksidan telah bertukar menjadi bahan penyebab utama kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, asidifikasi darah malah kerosakkan genetik.
Begitu juga dengan dunia penternakkan haiwan seperti ayam daging, lembu, kambing dan sebagainya. Kegilaan pakar dan penyelidikkan yang hanya melihat hidup daripada satu aspek sahaja, iaitu keperluan fizikal semata-mata, akhirnya mereka sudah tidak lagi melihat apakah bahan dan kaedah yang digunakan suci dan baik malah yang pentingnya bagi mereka ialah hasil yang pantas, banyak dan menguntungkan semata-mata.
Para pengusaha pemerosessan makanan pula amat mementing rupa bentuk, rasa dan ketahanan makanan yang mereka proses semata-mata, kerana kesemua faktor ini menyumbangkan kepada kepentingan ekonomi mereka, ini caranya yang diajarkan kepada mereka oleh musuh-musuh kita (Yahudi dan Nasrani) yang merupakan guru kepada mereka, dimana tempat mereka merujuk.